
Menurut bil yang ditunjukkan, nama restoran terapung itu adalah Amin Floating Restaurant. Sungguh 'istimewa' menu yang dihidangkan sampai mencecah ribuan ringgit.
Nasihat kami kepada keluarga di luar sana yang mungkin tengah bercuti atau merancang untuk bercuti, tanya dahulu harga makanan atau periksa dahulu menu sebelum memesan.
Apa-apapun, kita tunggu penjelasan dari Restoran Terapung Amin ini yang dilihat mencekik darah.
Berikutkan menjadi viral di laman sosial sekeping gambar yang menunjukkan resit sebuah gerai makanan terapung yang didakwa mengenakan harga tidak munasabah kepada pelanggan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli tampil menjawab persoalan tersebut.
Menurut Khalid, pelanggan boleh membuat anggaran harga kerana sebelum itu harga makan yang akan dipesan sudah pun di pamerkan di dalam menu.
